Saturday, January 26, 2008

Lagu Sekolah

Di atas puncak bukit yang indah
Dikelilingi pohon menghijau
Berdiri megah sekolah tercinta
Sekolah Iskandar Shah

Kami berjuang di segenap lapangan
Pelajaran, sukan dan persatuan
Agar harum nama sekolah kami
Terkenal di seluruh negeri

Nasihat guru tetap tersemat di hati
Jasa ibu ayah disanjungi
Hingga kami di suatu masa nanti
Menjadi rakyat yang sejati

Kami berikrar akan terus berbakti
Demi agama bangsa pertiwi
Usaha tanda kejayaan kami
Berjanji tetap kami berjanji.

Friday, January 25, 2008

Lencana Sekolah Dan Penerangannya

Bentuk
Bentuk perisai ini melambangkan bahawa kepentingan pelajar dikawal dan dihormati.

Warna
Kuning :warna Di Raja
Biru : tanda keamanan
Merah : tanda keazaman

Simbol
SIS : singkatan nama sekolah
Bunga raya : tanda bunga kebangsaan
Buku : melambangkan keazaman untuk melanjutkan, menyebarkan dan aplikasikan
segala pengetahuan.
Jentera : melambangkan penekanan kepada sains & teknologi